DUBS diperuntuk RM100,000 untuk beli kelengkapan jentera

Spread the love

KUCHING, 28 Nov: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM100,000 kepada Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching untuk membeli kelengkapan jentera khususnya dalam sektor pembinaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia bagi memudahkan kerja-kerja pembinaan supaya lebih efisien dan kompetitif.

“Saya memperuntukkan RM100,000 kepada DUBS untuk mereka membeli jentera, kerana sebelum ini kita sudah beri jentera kepada Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Sarawak, kalau mereka berjaya saya yakin DUBS juga boleh berjaya.”

“Dengan adanya jentera tersebut, ia akan menyediakan kemudahan khususnya kepada ahli DUBS  untuk melaksanakan sesuatu projek” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Cawangan Kuching di sini, malam tadi.

Menjelas lanjut, katanya, DUBS boleh menyewa jentera tersebut kepada ahli-ahlinya yang mendapat projek.

Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Presiden DUBS, Datu Abang Helmi Tan Sri Ikhwan dan dif kenamaan yang lain.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.