Bintang JDT, Safawi Rasid sah bergelar suami Syifa Melvin

Spread the love

KUCHING, 28 Nov: Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid selamat melangsungkan perkahwinan dengan pelakon, Syifa Melvin di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya, Selangor malam ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Khairil Nizam yang mewakili bapa Syifa, Amirul Melvin Abdullah kira – kira pukul 8.45 malam tadi.

Difahamkan, Safawi atau nama sebenarnya, Muhammad Safawi Rasid, 25, menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin berlian kepada Syifa, 28, manakala jumlah wang hantaran tidak didedahkan.

Ketua Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon merupakan antara tetamu yang hadir.

Bagaimanapun, rakan sepasukan Safawi di JDT tidak hadir kerana skuad Harimau Selatan berdepan Borussia Dortmund dalam aksi persahabatan di Stadium Sultan Ibrahim, Gelang Patah, Johor malam ini.

Antara rakan selebriti yang turut hadir ialah Uyaina Arshad dan suaminya, Raja Syahiran dan Nabila Razali.

Sejak beberapa hari lalu, majlis pernikahan berkenaan menjadi bualan kerana tersebarnya kad undangan menerusi media sosial.

Safawi juga tidak disenaraikan ketika pasukannya bertemu Selangor pada perlawanan akhir Piala Malaysia, Sabtu lepas. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.