Warga emas maut diserang tebuan di Taman Bulatan Miri

Spread the love

KUCHING, 26 Nov: Seorang lelaki warga emas telah maut diserang tebuan di Taman Bulatan Miri, Jalan Bulatan Park di Miri kira-kira jam 3 petang hari ini.

Komander Operasi, PBK II Abg Muhammad Fhazil Bin Abg Abdul Manaf berkata, mangsa Chin Tet Min @ Chin Tet Bui, 72, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta dikerumi serangga yang masih berterbangan sekitar tubuh mangsa.

“Panggilan kecemasan diterima pada jam 2.57 petang hari ini dari MERS999 untuk mengalihkan mangsa.

“Pihak bomba mengalihkan mangsa dengan menggunakan baju khas pelindung (bagi tujuan memusnah sarang serangga berbisa),” katanya dalam satu kenyataan oleh Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, hari ini.

Mangsa Chin Tet Min @ Chin Tet Bui, 72, ditemui dalam keadaan baring serta tidak sedarkan diri dikerumi serangga tebuan di tubuh mangsa. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia. Foto: PGO Bomba

Mangsa berjaya dialihkan ke kawasan jarak selamat anggaran 30 kaki dari lokasi asal mangsa baring, seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Pihak KKM memaklumkan bahawa mangsa telah disahkan meninggal dunia.

Kerja-kerja mengalihkan mangsa tamat pada jam 4.23 petang.

Sementara itu, pihak bomba juga telah menjumpai satu sarang serangga tebuan yang berada di atas pokok dengan anggaran ketinggian 70 kaki dari tanah.️

Pihak bomba bersama agensi lain dan pihak Majlis Berkuasa Tempatan sedang berusaha untuk memusnahkan sarang serangga tersebut serta-merta demi keselamatan orang awam. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.