Tenunan gelendangan dijual di stesen minyak sekitar Sibu

Spread the love

SIBU, 26 Nov: Tenunan tangan yang dihasilkan oleh pelatih di Tempat Transit Gelendangan (TTG) Sibu akan dijual mulai bulan hadapan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Muhamad Razi Sitam.

Menurut Muhamad Razi hasil tangan mereka ini akan dipamer untuk dijual di tujuh buah stesen minyak Petronas di sekitar bandar Sibu.

“Stesen minyak Petronas Lanang Barat, Sibu akan menjadi stesen pertama yang akan memulakan inisiatif jualan hasil tenunan dari penghuni TTG,” katanya.

Muhamad Razi berkata demikian ketika merasmikan program “Projek Satu Lagi Peluang untuk Gelandangan” anjuran Petronas Sarawak di Sibu, hari ini.

Bercakap mengenai program berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas itu mendedahkan acara hari ini bukan sahaja bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai terhadap komuniti gelendangan di Bahagian Sibu.

“Tetapi program ini juga merupakan platform untuk memperkenalkan serta membantu TTG serta penghuninya untuk menjana pendapatan bagi mereka melangsungkan kehidupan,” ujarnya.

Selain itu, beliau memberitahu program tersebut juga memperkenalkan kotak koleksi TTG yang ditempatkan di kaunter juruwang stesen minyak yang terpilih.

“Orang ramai boleh menghulurkan dana menerusi Kotak koleksi TTG yang akan diletakkan di stesen-stesen minyak selepas ini,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Mohamad Razi memuji inisiatif syarikat gergasi, Petronas yang bekerjasama dengan Pejabat Residen Bahagian Sibu bagi membantu golongan gelendangan di negeri ini menerusi menjadi Rakan Strategik TTG  Sibu sejak awal tahun ini.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.