Restoran Pak Agus hidang Nasi Bakar berserta Tehbotol

Spread the love

KUCHING, 27 Nov: Restoran Pak Agus memperkenalkan sajian baharu, nasi bakar setelah pihaknya mendapat ilham hasil kunjungan ke Jakarta, Indonesia.

Menurut Pengarah Urusan Restoran Pak Agus, Sam Chai Kian Min, menu baharu itu diinspirasikan selepas beliau menikmati nasi bakar ketika lawatannya ke kilang Tehbotol di ibu kota Republik berkenaan.

“Dua bulan yang lalu, saya pergi ke jakarta untuk melawat kilang Tehbotol dan kakitangan di sana membawa saya makan di salah sebuah restoran di Jakarta, iaitu Pondok Raja.

“Dari situ, saya mula mengenali nasi bakar dan ia merupakan hidangan yang istimewa dan lain daripada yang lain. Ia juga berbeza dari nasi lemak dan nasi kandar,” katanya kepada pemberita pada sidang media pelancaran Nasi Bakar di Restoran Pak Agus Cawangan Icom Square pada Sabtu, di sini.

Selain itu, katanya sajian ayam emas yang merupakan salah satu masakan Padang disediakan dengan resepi restoran berkenaan turut dilancarkan.

Sam memberitahu sajian baharu disediakan secara set hidangan nasi bakar bersama ayam, sotong atau ikan berserta sebotol air Tehbotol.

Menjanjikan kelainan, Sam menjemput peminat masakan Padang untuk datang berkunjung ke restoran berkenaan yang beroperasi dari jam 5 petang hingga 10 malam.

“Bagi masakan padang ini kita akan bermula di cawangan Icom Square dari pukul 5 petang sehingga 10 malam,” jelasnya bagi cawangan Matang akan diperkenalkan dalam tempoh 3 bulan mendatang iaitu sekitar tahun hadapan.

Sementara itu, Pengurus Besar Eksport Jualan dan Pemasaran Sinar Sosro, Slyvia Kurnia berkata jenama Tehbotol amat  popular di Indonesia.

Menurutnya, minuman teh berkenaan diperbuat daripada bahan semula jadi tanpa bahan pengawet, pewarna tiruan dan pemanis tiruan.

“Ia merupakan campuran teh hijau serta bunga jasmin yang segar hasil dari ladang teh di Jawa Barat yang ditanam oleh syarikat PT Sinar Sostro,” katanya.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.