Kampung Sibu Laut destinasi pertama program komuniti I-CATS

Spread the love

KUCHING, 26 Nov: Kampung Sibu Laut dipilih sebagai destinasi bagi Kolej Universiti I-CATS dan Bank Rakyat mengadakan program komuniti bersama penduduk setempat.

Inisiatif program berkenaan, kata Naib Canselor Kolej Universiti I-CATS, Profesor Shahren Ahmad Zaidi Adruce dengan membawakan aktiviti seperti mengecat surau, pembersihan kawsaan kampung dan pemasangan lampu solar di sini, hari ini.

“Program ini merupakan satu langkah untuk mengadakan kajian di lapangan untuk kita mengembangkan beberapa penyelidikan dalam segala kemajuan bermula dari di universiti hingga komuniti,

“Tujuannya adalah memastikan bahawa kita akan dapat membangunkan komuniti di sekitar Sarawak ini,” katanya selepas merasmikan program komuniti bersama penduduk di Kampung Sibu Laut hari ini.

Kolej Universiti I-CATS dan Bank Rakyat bersama komuniti di Kampung Sibu Laut bagi Program Mengecat Surau, Pembersihan Kawasan Kampung, dan Pemasangan Lampu Solar pada hari ini. Foto: TVS

Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa Kolej Universiti I-CATS akan dibina di sekitar kawasan Trombol bermula tahun hadapan.

“Kolej Universiti I-CATS di Trombol adalah agenda kerajaan negeri Sarawak. InsyaAllah projek itu akan bermula pada tahun 2023,” katanya lagi.

Menurut Ketua Kampung Sibu Laut, Senep Yasin, penganjuran program berkenaan mendatangkan manfaat kepada penduduk kampung sekali gus membuka peluang ekopelancongan di sekitar kawasan tersebut.

“Pada pendapat saya, program ini merupakan program yang baik. Saya berasa sangat terharu kerana wakil daripada Bank Rakyat dan Kolej Universiti I-CATS sudi datang ke Kampung Sibu Laut ini. Mungkin, pada masa akan datang kita akan dapat bekerjasama seperti ini lagi untuk memajukan Kampung Sibu Laut dari segi ekopelancongan kerana kampung ini sesuai untuk dijadikan kawasan pelancongan kerana keluasan pantai dan hasil tangakapan laut pun banyak,” ujarnya.

Terdahulu, aktiviti lain seperti mengecat surau, melukis mural di kawasan surau serta pemasangan hidroponik menggunakan sistem solar turut diadakan.

Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah mengecat surau. Foto: TVS

Kampung ini juga merupakan destinasi pertama bagi pelaksanaan program yang bertujuan memberi kesedaran dan pendedahan tentang pelestarian persekitaran di kawasan tersebut.

Hadir sama, Ketua Wilayah Bank Rakyat Sarawak, Abdul Azis Rosli. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.