DUN Sarawak: Sebanyak 56 kampung di Opar perlu surat tanah NCR

Spread the love

KUCHING, 26 Nov: Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar mahu proses penyukatan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dipercepatkan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar Billy Sujang, sepanjang perlaksanaan penyukatan tanah NCR, hanya dua kampung telah mendapat surat tersebut bagi membolehkan pemilik membangunkan tanah mengikut kemahuan mereka.

“Sebayak 56 daripada 58 buah kampung masih lagi memerlukan surat ini termasuk Kampung Judin, Kampung Temaga Melayu, Temaga Dayak Kampung Stenggang dan Kampung Sebigo.

“Manakala kampung seperti Kampung Rukam, Kampung Sedaing, Kampung Bokah dan Kampung Sebigo Daya masih lagi dalam proses penyukatan,” kata beliau dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2023) di persidangan DUN Sarawak hari kelima, semalam.

Selain daripada isu penyukatan tanah, beberapa kampung di Opar telah diletakkan di dalam kawasan Forest Reserve Extension sejak 2005.

Kata Billy, masalah itu membelenggu rakyat kerana semua aktiviti pertanian mereka terletak dalam yang dilindungi, mengekang pendapatan mereka dalam industri pertanian.

“Saya merayu kepada semua pihak yang terlibat agar masalah ini tidak merugikan penduduk di kampung-kampung yang terlibat,” tambah beliau lagi.

Antara kampung yang terletak di dalam kawasan terlindung tersebut adalah Kampung Pasir Ulu dan Kampung Jantan. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.