TYT terima kunjungan hormat perpisahan SAC Mohamad Hairuddin

Spread the love

KUCHING, 25 Nov: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Ketua Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia, SAC Mohamad Hairuddin Che Hamid di Demak Jaya di sini pada Jumaat.

Dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu, Hairrudin berkata ia sebagai tanda hormat perpisahan beliau yang akan berpindah ke Selangor pada Disember ini.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Tun Taib serta kerajaan Sarawak di atas layanan dan kerjasama yang baik selama tiga tahun berkhidmat di negeri ini.

“Tujuan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak adalah tanda saya sebagai Ketua Cawangan Khas akan bertukar ke Selangor selepas tiga tahun saya bertugas di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di hadapan kediaman Tuan Yang Terutama, di sini.

Menurut beliau lagi, kunjungan juga sebagai simbolik penghargaan terhadap segala layanan dan jasa baik yang telah diberikan oleh pihak kerajaan negeri Sarawak kepada beliau.

Difahamkan, beliau akan menyerahkan tugas secara rasmi pada 1 Disember ini dan akan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor selepas itu.

Untuk rekod, sebelum ini Hairrudin berkhidmat di Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.-TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.