DUN Sarawak: 542 surat amaran dikeluarkan terhadap kontraktor Pan Borneo

Spread the love

KUCHING, 25 Nov: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah mengeluarkan sebanyak 542 surat amaran kepada kontraktor-kontraktor yang tidak mematuhi jalan kerja dan piawaian keselamatan yang telah ditetapkan dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Ir. Aidel Lariwoo mendedahkan angka tersebut merangkumi sejumlah 351 merupakan Laporan Ketidakpatuhan (NCR) dan 191 lagi ialah Notis Penambahbaikan (NOI).

“Selain daripada laporan-laporan ini, enam siri audit keselamatan jalan raya juga telah dilaksanakan ketika projek masih dalam fasa pembinaan.

“Susulan audit ini, syarikat-syarikat kontraktor yang terlibat dalam proses membaikpulih struktur-struktur berkaitan bagi memastikan jajaran tersebut selamat digunakan oleh pengguna jalan raya,” katanya pada sesi soal jawab Persidangan hari kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

542 surat amaran terhadap kontraktor Pan Borneo

Beliau menjawab soalan yang diusulkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato Sri Huang Tiong Sii mengenai tindakan yang diambil ke atas kontraktor Lebuh Raya Pan Borneo yang mengabaikan piawaian keselamatan pembinaan jalan tersebut kepada pengguna.

Pada perkembangan lain, ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman turut mengemukakan pertanyaan mengenai status pelaksanaan projek sekolah daif di seluruh Sarawak yang telah bermula sejak tahun 2019.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr. Annuar Rapaee berkata, 62 daripada 247 sekolah daif yang dikenal pasti telah siap dibina.

“Jumlah selebihnya yang melibatkan 177 buah sekolah adalah dalam pelbagai peringkat perancangan dan pembinaan,” jelas Annuar. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.