Anwar belum buat keputusan pegang poftfolio kewangan

Spread the love

PUTRAJAYA, 25 Nov: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan akan memegang jawatan Menteri Kewangan.

Bagaimanapun, beliau berkata akan meneliti dan mempertimbangkan perkara itu sebelum membentuk kabinetnya.

“Saya belum mempertimbangkannya tetapi kami akan meneliti semua kemungkinan,” jelasnya ketika ditemui di pekarangan Masjid Putra, di sini pada Jumaat.

Menteri Kewangan: PM belum buat keputusan

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada akan memegang jawatan Menteri Kewangan bagi mengecilkan saiz Kabinet.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.