Sorakan bergema di pejabat Anwar

Spread the love

PETALING JAYA, 24 Nov: Sorakan kuat yang kedengaran dari dalam pejabat Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gasing di sini menarik perhatian pengamal media yang bertugas di luar.

Beberapa pemimpin PH yang tiba di situ turut mempamerkan wajah ceria ketika disapa media.

Antaranya Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Datuk Johari Abdul yang tiba pada pukul 11.20 pagi.

Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin pula tiba sejam kemudian.

Ditanya mengenai keputusan Majlis Tertinggi UMNO semalam untuk tidak menyokong Perikatan Nasional (PN), Johari secara ringkas berkata, satu mesej yang jelas telah disampaikan.

Difahamkan, Anwar masih lagi belum tiba di pejabatnya ketika ini.

Hari ini juga telah berlangsung Perbincangan Khas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Majlis Raja-Raja Melayu di Istana Negara bagi merungkai kemelut pembentukan kerajaan dan pelantikan Perdana Menteri Ke-10 pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.