Sidang Parlimen 19 Dis ini, usul undi percaya – Anwar

Spread the love

KAJANG, 24 Nov: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sidang Parlimen yang akan berlangsung pada 19 Disember depan akan membawa undi percaya terhadap beliau sebagai usul pertama.

Perdana Menteri berkata, perkara tersebut akan dilaksanakan bagi membuktikan beliau mendapat kepercayaan ahli Dewan Rakyat.

“Usul pertama selain daripada angkat sumpah adalah usul dari kerajaan iaitu undi percaya.

“Jadi tidak timbul tentang keabsahan yang ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertamanya sebagai Perdana Menteri di sini hari ini.

Yang turut hadir, isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sementara itu, Anwar memberitahu, kerajaan perpaduan yang dipimpinnya mempunyai sokongan mencukupi dan soal kestabilan tidak seharusnya berbangkit.

Dalam pada itu Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambung berkata, kerajaan juga akan membentangkan dan meluluskan emolumen bagi penjawat awam pada sidang berkenaan sebelum Bajet 2023 dibentangkan semula. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.