Pasca PRU-15: Apa yang kita tahu setakat pagi Khamis

Spread the love

SELEPAS Pilihan Raya Umum (PRU-15) pada 19 November lepas, beberapa peristiwa telah berlaku dalam tempoh menunggu pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-10 dan kerajaan Persekutuan yang baharu.

Ini merupakan antara beberapa perkara utama kita tahu setakat ini: 

• Tiada gabungan parti politik memenangi majoriti mudah (112 kerusi) untuk membentuk kerajaan. 

• Ketua pemimpin Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN),  Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.

• Presiden PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, Agong menitahkan supaya membentuk Kerajaan Perpaduan yang melibatkan keterangkuman wilayah, etnik dan agama. 

• Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal dengan pendirian enggan bekerjasama dengan PH. 

• GPS menyerahkan kepada kebijaksanaan Agong untuk menentukan siapa Perdana Menteri ke-10.

• BN sebulat suara menyokong dan mengambil bahagian dalam pembentukan Kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui PN. 

• Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara pada Khamis yang bertujuan untuk  membuat keputusan dalam urusan pelantikan Perdana Menteri.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.