Kawasan DUN Pelagus perlu sebuah lagi sekolah menengah

Spread the love

KUCHING,  24 Nov: Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus sangat memerlukan sebuah lagi sekolah menengah bagi menampung pertambahan bilangan pelajar saban tahun.

Ahli DUN Pelagus Wilson Nyabong Ijang berkata, ini bagi menampung keperluan murid dari 11 sekolah rendah untuk menyambung pendidikan peringkat menengah mereka di kawasan tersebut selain SMK Melakun.

“Bagi menerajui lagi pendidikan di kawasan ini, saya ingin memohon kepada institusi seperti Kolej iCATS untuk menambah cawangannya di bahagian Kapit.

“Ini akan memudahkan pelajar memperkasakan lagi kemahiran mereka bagi memenuhi permintaan tinggi industri,” katanya semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 pada persidangan DUN Sarawak di sini pada Khamis.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa syarikat telekomunikasi agar menyediakan perkhidmatan di menara telekomunikasi yang telah didirikan.

Ini selaras dengan matlamat kerajaan Sarawak menyediakan liputan telekomunikasi yang baik di negeri ini.

Setakat ini, sejumlah 3,471 menara telekomunikasi telah didirikan di seluruh Sarawak, diterajui oleh Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). – TVS.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.