Isu ekonomi jadi fokus Anwar

Spread the love

KAJANG, 24 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, fokus utama beliau ialah untuk memacu pemulihan ekonomi negara di samping memberi perhatian kepada isu kenaikan kos sara hidup yang dihadapi oleh rakyat.

Pada masa sama, Anwar berkata, beliau mahu mengukuhkan hubungan perdagangan dengan negara – negara jiran di ASEAN, China, India dan Eropah.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tambun ini mengulangi pendiriannya untuk menyatukan seluruh rakyat Malaysia dengan mengenepikan perbezaan yang wujud.

“Saya ingin menegaskan ini merupakan kerajaan perpaduan tanpa mengira kaum, hak dan wilayah,” katanya di sini hari ini.

Ini merupakan sidang media pertama Anwar selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di Istana Negara petang tadi.

Turut hadir, isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Berita lanjut menyusul. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.