DUN Sarawak: Tiada rancangan untuk membina Mahkamah Bumiputera di Mukah

Spread the love

KUCHING: Kerajaan Sarawak tidak bercadang untuk membina Mahkamah Bumiputera baharu di Daerah Mukah.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai (GPS-Kakus) berkata pada masa ini, terdapat ruang yang mencukupi di pejabat daerah Mukah, Dalat, Matu, Daro dan Tanjung Manis, untuk menampung keperluan bagi perkara berkaitan Mahkamah Bumiputera.

Beliau berkata demikian dalam menjawab soalan ADUN Balingian Abdul Yakub Arbi pada hari keempat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini hari ini.

Ketika ditanya Abdul Yakub mengenai jumlah kes Bumiputera di Mukah dan tenaga kerja untuk mengendalikan kes tersebut, Sikie berkata ketika ini terdapat 24 kes Bumiputera, diuruskan oleh enam pegawai.

Sementara itu, terdapat juga dua kes Bumiputera di Dalat, tiga di Matu dan sembilan di Daro. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.