DUN Sarawak: Tiada perancangan bina hospital baharu di Mukah

Spread the love

KUCHING, 24 Nov: Tiada perancangan untuk membina hospital baharu di Mukah buat masa ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee.

Jelasnya, Hospital Mukah menyediakan khidmat pakar di bawah Konsep Hospital Kluster, di mana pakar daripada Hospital Bintulu akan mengadakan lawatan ke klinik di Hospital Mukah secara berkala.

“Konsep Hospital Kluster telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan di peringkat persekutuan pada tahun 2014 untuk meluaskan serta mengoptimumkan penyampaian perkhidmatan pakar ke Kawasan luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan yang diajukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine mengenai perancangan kerajaan Sarawak terhadap keperluan mendesak untuk menaik taraf kelengkapan kesihatan serta penempatan doctor pakar secara tetap di Hospital Mukah.

Michael Tiang yang juga ADUN Pelawan menambah, setakat ini terdapat enam hospital kluster yang melibatkan 23 buah hospital di seluruh Sarawak.

“Pelbagai perkhidmatan disediakan termasuklah pembedahan, ginekologi, psikiatri, kecemasan, perubatan dan radiologi,” ujarnya. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.