DUN Sarawak: Seratus peratus autonomi Sarawak ke atas pihak berkuasa pelabuhan

Spread the love

KUCHING: Kerajaan Sarawak memegang seratus peratus autonomi ke atas pihak berkuasa pelabuhan di seluruh negeri ini  termasuk di Samalaju, kata Timbalan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Datuk Majang Renggi.

Menurutnya antara lokasi yang terlibat merangkumi Kuching, Rajang, Miri, Tanjung Manis dan Pihak Berkuasa Pelabuhan Samalaju.

Majang mendedahkan pihak berkuasa pelabuhan di Sarawak diuruskan sepenuhnya oleh rakyat Sarawak di bawah dasar kerajaan negeri.

“Bagi Lembaga Pelabuhan Bintulu pula, ia merupakan di bawah badan berkanun persekutuan di bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan (persekutuan),” katanya ketika menjawab soalan Adun Tanjung Batu Johnny Pang pada hari keempat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mendedahkan bahawa semua jawatan pengurusan dan operasi di pihak berkuasa pelabuhan Sarawak setakat ini dijawat sepenuhnya oleh rakyat Sarawak sendiri.

Mengenai soalan tambahan mengenai bilangan kakitangan yang berkhidmat di Lembaga Pelabuhan Bintulu, Majang berkata terdapat sejumlah 124 kakitangan dengan 29 di peringkat pengurusan dan profesional serta 95 kakitangan sokongan.

Daripada jumlah keseluruhan 124 kakitangan, beliau berkata 118 atau 95.2 peratus merupakan rakyat Sarawak. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.