DUN Sarawak: Sedia banyak kemudahan sukan untuk golongan belia

Spread the love

KUCHING, 24 Nov: Kerajaan Sarawak akan memastikan lebih banyak kemudahan dan program sukan disediakan di Gedong, Asajaya dan Kota Samarahan dalam hasrat kerajaan negeri untuk membudayakan sukan dalam kalangan golongan belia.

Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Belia Dan Sukan), Dato Gerald Rentap Jabu  (GPS – Layar) berkata kementeriannya akan memastikan setiap daerah dilengkapi dengan semua kemudahan sukan yang diperlukan.

“Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk membina lebih banyak infrastruktur sukan, namun ini (juga) bergantung kepada peruntukan dan dana,” katanya.

Berhubung mendapatkan tanah untuk membina lebih banyak kemudahan sukan di sekitar Stakan, beliau berkata, cadangan perlu dikemukakan kepada kementerian untuk mendapatkan terma dan syarat selanjutnya kerana Stakan terletak di pinggir pusat bandar.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Stakan Datuk Hamzah Brahim pada hari keempat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19 di sini, hari ini.

Ketika menjawab soalan tambahan, Rentap berkata pelbagai program belia telah dianjurkan seperti ‘MySED Go Rural Programme’, ‘Jelajah Belia Sarawak’, ‘X-Tive Community and ‘Youth Entrepreneur Setup’ dan ‘Program Pencarian Bakat Baharah’, yang membantu untuk mengasah bakat belia golongan berkenaan.

Dedahnya lagi, ‘Program X-Tive’ akan dianjurkan di kawasan luar bandar dalam masa terdekat.

“Kejayaan atlet kita dalam Sukan Malaysia baru-baru ini, Daeloniel Mcdelon dan Jackson Sambai, yang kedua-duanya memenangi emas, mendapat manfaat daripada pusat elit di kem tentera Muara Tuang,” katanya.

Sedia banyak kemudahan sukan untuk golongan belia

Tambahnya lagi, terdapat beberapa pusat elit ditubuhkan di Samarahan yang menyediakan latihan sukan seperti bola sepak, badminton, muay thai, memanah, kayak dan sukan perahu layar. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.