DUN Sarawak: Loji air Sungai Asap bakal ditambah baik di bawah RMK-12

Spread the love

KUCHING, 24 Nov: Projek penambahbaikan loji air sedia ada Sungai Asap dikemukakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12) bagi memastikan isu berkaitan gangguan air dapat diatasi.

Timbala Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ketika musim kemarau loji tersebut akan mengalami kesukaran bagi merawat sumber air mentah akibat perubahan kualitinya yang berubah secara mendadak.

“Hal ini menyebabkan keupayaan loji tersebut terbatas dan hanya mampu menghasilkan air sebanyak 20 peratus hingga 40 peratus,” ujar beliau.

Tambahnya lagi projek tersebut akan meningkatkan kapasiti penghasilan air dari 5 juta liter ke 10 juta liter.

Sementara itu, muka sauk atau ‘raw water intake’ bagi Sungai Asap, Murum juga bakal ditambah baik menjelang tahun 2023.

Hal ini katanya adalah bagi memastikan fungsi muka sauk tidak terjejas, terutama sekali ketika musim banjir.

“Pada musim banjir, muka sauk tidak dapat berfungsi sepenuhnya akibat paras air yang tinggi dan aliran sungai yang deras menyebabkan fungsi muka sauk terjejas,” kata beliau bagi menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon yang menyentuh isu bekalan air BRS Sungai Asap yang sering terputus ketika musim kemarau dan banjir.

Loji air Sungai Asap bakal ditambah baik di bawah RMK-12

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut mendedahkan kedua projek bakal melibatkan anggaran kos RM 1.5 juta (muka sauk) dan RM16.7 juta (loji air). – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.