DUN Sarawak: Cadangan projek jejambat di hadapan Kem Penrissen diserahkan kepada JKR

Spread the love

KUCHING, 24 Nov: Cadangan untuk membina jejambat di persimpangan lampu isyarat di hadapan Kem Penrissen di sini telah dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya (JKR), kata Ir Aidel Lariwoo.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan itu berkata, cadangan projek itu telah dikemukakan untuk pertimbangan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN Batu Kitang Lo Khere Chiang pada sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Menjawab soalan tambahan Lo, Aidel berkata skop kerja bagi projek yang dicadangkan merangkumi pembinaan jejambat di persimpangan Batu 8; pelebaran persimpangan isyarat Batu 8 sedia ada dan pelebaran jalan empat lorong sedia ada ke jalan enam lorong yang menghubungkan dari jejambat Batu 7 hingga jejambat Batu 10.

Projek jejambat di hadapan Kem Penrissen diserah kepada JKR

“Sekiranya dilaksanakan, tempoh pembinaan projek itu akan mengambil masa selama 36 bulan,” katanya lagi. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.