DUN Sarawak: 5 menara Telekom beroperasi menjelang 2023 di Beting Maro

Spread the love

KUCHING, 24 Nov: Lima menara telekomunikasi akan beroperasi menjelang suku pertama 2023 di DUN Beting Maro, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Telekomunikasi) Datuk Liwan Lagang.

Menurutnya projek yang telah siap itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Telekomunikasi Luar Bandar (SMART) Sarawak Fasa 1.

Liwan yang juga ADUN Belaga menyatakan demikian ketika menjawab soalan ADUN Beting Maro Razaili Gapor dalam sesi soal jawab hari ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19 di sini, hari ini.

Pada masa sama, Razaili turut mengutarakan cadangan kerajaan untuk menambah baik liputan internet dan sambungan telekomunikasi di kawasan N29 Beting Maro, termasuk membina pusat inovasi digital untuk komuniti Beting Maro.

“Dalam usaha meningkatkan liputan internet dan sambungan telekomunikasi di DUN Beting Maro, terdapat sebanyak lima menara telekomunikasi yang telah siap di bawah inisiatif SMART Fasa 1.

“Menara itu akan beroperasi pada suku pertama 2023. Sementara itu, dua lagi SMART twoers Fasa 2 dan satu menara di bawah Pelan Saling Sambung Digital Nasional (JENDELA) Fasa 1 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih berada di negeri ini,” jelas Liwan.

Katanya lagi, terdapat tiga syarikat telekomunikasi telah beroperasi menggunakan perkhidmatan jalur lebar menerusi inisiatif Rangkaian Jalur Lebar Luar Bandar Sarawak (MySRBN), di kampung Beladin, Kampung Sepinang dan Pekan Pusa.

Beliau juga menyebut bahawa dua pusat telekomunikasi sedia ada di Kampung Pusa akan dilengkapi dengan MySRBN dan beroperasi menjelang akhir tahun ini.

“Kerajaan Sarawak juga menyediakan perkhidmatan internet melalui inisiatif WIFI SALURAN melalui SMA sebagai penyelesaian sementara di tiga lokasi di DUN Beting Maro sehingga menara baharu dibina iaitu Belok Kelili, Perpustakaan Desa Kampung Tengah Pusa dan kampung Semarang.

Menurut Liwan, beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti dan liputan telekomunikasi sedang dilaksanakan di kawasan pilihan raya di bawah JENDELA Fasa 1 oleh kerajaan Persekutuan, seperti menaik taraf 25 stesen pemancar daripada 3G kepada 4G dan memperluaskan rangkaian gentian optik meliputi 38 premis yang masih dilaksanakan dan dijangka siap pada penghujung 2022. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.