NGO seru gabungan politik Semenanjung, Sabah dan Sarawak bentuk kerajaan perpaduan

Spread the love

KUALA LUMPUR, 23 Nov: Gabungan politik yang menang kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu diseru supaya akur kepada titah Yang di-Pertuan Agong supaya membentuk kerajaan perpaduan, kata Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Bergabung dan Bersekutu (NNBB).

Penaungnya, Dr Hassan Hamzah berkata, mereka yang mewakili 588 NGO mahu melibat pembentukan Kerajaan Persekutuan yang menyeluruh merangkumi parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“NNBB mendesak supaya kesemua Ahli Parlimen akur dengan titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah demi kestabilan negara,”katanya kepada media ketika hadir di Menara Dato Onn di sini malam ini.

Hassan berkata, cadangan Seri Paduka itu merupakan langkah yang tepat bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara ketika ini.

“Rakyat telah melaksanakan tanggungjawab mengundi dan kini gabungan politik yang menang perlu mengambil tanggungjawab dan kami meminta agar jangan menderhaka,” katanya.

Hari ini, empat wakil Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menghadap di Istana Negara turut memaklumkan cadangan berkenaan disuarakan oleh Seri Paduka. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.