KUALA LUMPUR, 19 Nov: Statistik keluar mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada pukul 12 tengah hari mencapai 42 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Peratusan itu menunjukkan peningkatan berbanding 31 peratus pada pukul 11 pagi tadi.
Daftar pemilih SPR sebelum ini menunjukkan seramai 20 905 366 pengundi biasa akan memilih 222 Ahli Parlimen di seluruh negara hari ini.
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.