Sembilan peratus pemilih mengundi setakat 9 pagi – SPR

Spread the love

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Setakat pukul 9 pagi tadi, peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini mencapai sembilan peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Daftar pemilih SPR sebelum ini menunjukkan seramai 20 905 366 pengundi biasa akan memilih 222 Ahli Parlimen di seluruh negara hari ini.

Bagaimanapun pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan pada 7 Disember depan selepas calon Pakatan Harapan (PH) kerusi itu, M. Karupaiya meninggal dunia pada Rabu lepas.

Padang Serai memiliki seramai 133 776 pengundi biasa yang pada mulanya akan turut memilih enam calon bertanding sebagai wakil rakyat mereka hari ini. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.