PRU-15: Sebak, warga emas OKU cacat penglihatan tidak pernah lepas peluang mengundi

Spread the love

KUCHING, 19 Nov: Seorang pemilih warga emas cacat penglihatan di Parlimen Santubong menitiskan air mata selepas membuang undi di Dewan Serbaguna Kampung Panglima Seman Lama, di sini.

Kekurangannya bukan penghalang bagi Anis Salleh ,72, untuk menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Meskipun dengan kekurangan ini, saya belum pernah lagi tidak turun mengundi. Saya berharap orang lain juga akan turun hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di Dewan Serbaguna Kampung Panglima Seman Lama, hari ini.

Anis yang berasal dari Kampung Panglima Seman Lama tiba di pusat pengundian seawal jam 8.15 pagi tadi bersama isterinya, Edot Sait, 68.

Proses pengundian warga emas ini telah dibantu oleh anaknya, Siti Noor Fazilla, 31 yang bertugas sebagai petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di pusat pengundian tersebut.

Anis selesai membuang undi di Dewan Serbaguna Kampung Panglima Seman Lama kira-kira jam 8.20 pagi.

Menurut Edot, suaminya itu sebelum ini telah menjalani tujuh kali pembedahan bagi katarak mata setelah didiagnosis semasa berumur 28 tahun. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.