PRU-15: Richard Rapu dan isteri mengundi di rumah panjang Nanga Bong

Spread the love

BETONG, 19 Nov: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Parlimen Betong, Dr Richard Rapu bersama isterinya, Lucy Mary Johnson mengundi di pusat mengundi rumah panjang Nanga Bong di sini pada 7.35 pagi, hari ini.

Beliau berkata beliau berpuas hati dan proses membuang undi berjalan dengan lancar.

“Proses mengundi pagi ini berjalan lancar dan cuaca juga baik. Kita doakan cuaca terus baik pagi ini dan harap segala proses pembuangan undi berjalan dengan lancar.

“Saya harap pengundi turun beramai-ramai dan turun awal menunaikan kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia pada hari ini,” katanya ketika ditemui TVS.

Pada PRU15, Dr Richard berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan (PH) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Patrick Kamis dan calon bebas Hasbie Satar. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.