KUALA LUMPUR, 19 Nov: Statistik terkini peratusan keluar mengundi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) setakat pukul 2 petang tadi mencapai 58 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Berdasarkan peratusan berkenaan, dianggarkan seramai lebih 12.1 juta pengundi telah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk memilih 221 Ahli Parlimen di seluruh negara.
Pada pukul 1 petang tadi, peratusan keluar mengundi yang dicatatkan ialah pada kadar 50 peratus.
Daftar pemilih SPR sebelum ini menunjukkan seramai 20 905 366 pengundi biasa akan memilih 222 Ahli Parlimen di seluruh negara hari ini.
Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.