31 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi

Spread the love

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Statistik terbaharu dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sebanyak 31 peratus sudah keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

Angka berkenaan dicatatkan setakat pukul 11 pagi tadi.

Pada pukul 10 pagi, seramai 20 peratus pemilih di seluruh negara sudah memangkah calon masing – masing.

Daftar pemilih SPR sebelum ini menunjukkan seramai 20 905 366 pengundi biasa akan memilih 222 Ahli Parlimen di seluruh negara hari ini.

Bagaimanapun pengundian bagi kerusi Parlimen Padang Serai ditangguhkan pada 7 Disember depan selepas calon Pakatan Harapan (PH) kerusi itu, M. Karupaiya meninggal dunia pada Rabu lepas. -TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.