Fakta menarik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Spread the love
Foto: Bernama
  1. 1. Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia.
Tugu Negara
  1. 2. Tugu Negara yang terletak di Taman Tasik Perdana, sebagai simbolik memperingati jasa pejuang dan pahlawan negara  untuk mencapai kemerdekaan.
KLCC. Foto: Suria KLCC
  1. 3. Menara Berkembar Petronas, KLCC dengan ketinggian 1,483 kaki dibuka pada 31 Ogos 1999, pernah dinobatkan sebagai bangunan tertinggi di dunia pada tahun 1998-2004
Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimat “MERDEKA” pada 31 Ogos 1957
  1. 4. Simbolik kemerdekaan Tanah Melayu, Dataran Merdeka lokasi keramat yang menyaksikan Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimat “MERDEKA” pada 31 Ogos 1957, pukul 12.00 tengah malam.

  1. 5. Menara Kuala Lumpur yang berketinggian 421 meter, dibina pada tahun 1994, menawarkan pemandangan tanpa batasan pada kedudukan yang mencecah awan.

 

  1. 6. Bangunan Parlimen Malaysia ialah sebuah bangunan yang tersegam indah di bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Bangunan ini telah dibina sejak tahun 1992 dan dirasmikan pada tahun 1993 oleh  Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ketiga.

 

  1. 7. Meskipun merupakan salah satu kota dengan pertumbuhan tercepat di dunia, Kuala Lumpur baru memperoleh status sebagai kota pada tahun 1972.

 

  1. 8. Kuala Lumpur merupakan tuan rumah Commonwealth Games pada tahun 1998. Sepanjang sejarah sukan komanwel, itu merupakan pertama kali Commonwealth Games diadakan di Asia.

 

  1. 9. Aquaria KLCC mempunyai Lorong Underwater paling panjang di Malaysia iaitu 90 meter dan mempunyai Single Tank terbesar di Malaysia dengan isian air masin sebanyak 2.5 juta liter.

 

  1. 10. Taman Burung Kuala Lumpur dikatakan taman burung terbesar di Asia Tenggara. Ia berhampiran dengan Tasik Perdana dan ia berukuran 20.9 ekar.

 

  1. 11. TAPAK Urban Street Dining yang ditubuhkan pada tahun 2016. TAPAK menjadi taman trak makanan pertama di Malaysia yang menyatukan pengendali trak makanan tempatan dan pencinta makanan ke arah budaya makanan jalanan tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.