Pengusaha lada di Bau terima bantuan STLM dan STLB

Spread the love

BAU, 17 Nov: Seramai 232 orang pengusaha penanaman lada di Bau menerima bantuan Skim Tananam Lada Baharu (STLB) dan Skim Tananam Lada Matang (STLM) hari ini.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Willie Mongin berkata angka itu menyaksikan penerima Skim Tanaman Lada Baharu di kawasan ini telah meningkat kepada 59 orang dengan keluasan tanaman 6.1 hektar.

“Manakala jumlah penerima Skim Tanaman Lada Matang di Kawasan Puncak Borneo juga menambah kepada 93 orang dengan keluasan tanah seluas 11.1 hektar,” katanya yang juga merasmikan Program Pemerkasaan Penggiat Industri Lada di Dewan Kampung Tringgus Matan Nguan, Bau, di sini, hari ini.

232 pengusaha ladang terima bantuan STLM dan STLB

Pada perkembangan sama, Willie turut menyempurnakan simbolik perasmian bagi Jalan Ladang Pekebun Kecil Komoditi Lada berhampiran jambatan Sungai Nguan.

Willie yang juga calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Parlimen Puncak Borneo memberitahu pembinaan projek jalan tersebut telah dimulakan pada bulan Jun 2022 dan berakhir bulan September lalu.

“Pembinaan projek jalan sepanjang 400 meter ini menelan kos sebanyak RM394,000,” ujarnya.

Justeru, beliau berharap dengan adanya inisiatif pembukaan jalan tersebut akan memudahkan akses kepada penduduk dan diyakini mampu mempergiatkan lagi aktiviti penduduk setempat.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh, Pengerusi Lembaga Lada Malaysia Baharuddin Dato’ Mokhsen, Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia Dr Abang Azhari Hadari dan Ketua Kampung Tringgus Matan Nguan Maeh Akui. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.