Malaysia mula nikmati kestabilan politik – Ismail Sabri

Spread the love

KUALA LUMPUR, 17 Nov: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketidakstabilan serta kekacauan politik yang dihadapi Malaysia mulai reda sejak beliau mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan.

Perdana Menteri berkata, ini berikutan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 berkaitan larangan Ahli Parlimen bertukar parti diluluskan di Dewan Rakyat.

“Larangan lompat parti dilaksanakan bagi komitmen untuk memastikan kestabilan politik dan mengelakkan negara terus berdepan dengan krisis politik yang tiada berkesudahan,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Pada Julai lepas, RUU yang digubal berasaskan lapan parameter utama itu diluluskan menerusi undi belah bahagian selepas dibentangkan oleh Ismail Sabri.

Ia dibahas selama dua hari oleh 54 Ahli Parlimen mewakili pihak kerajaan dan blok pembangkang.

Kata Ismail Sabri, kelulusan RUU berkenaan juga membolehkan mandat rakyat dapat dipelihara dan dijunjung demi kestabilan negara. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.