KJM DBKU rancang anjur acara ‘gergasi’ tahun hadapan

Spread the love

KUCHING, 17 Nov: Kejiranan Mesra (KJM) dalam kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) berhasrat untuk menganjurkan sebuah acara ‘gergasi’ pada tahun 2023.

Cadangan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Datuk Abdul Rahman Junaidi itu katanya setelah mengambil kira bahawa tahun 2023 merupakan tahun penting untuk Sarawak.

“Saya cadangkan kita mengadakan sebuah acara besar KJM yang disertai semua warga kota Bandaraya Kuching Utara. Belum terlambat lagi kerana tahun 2023 merupakan tahun yang penting untuk Sarawak seperti yang telah disebut Yang Amat Berhormat Premier Sarawak kita, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Bengkel KJM DBKU 2023 semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu penganjuran acara berskala besar pada tahun hadpan juga menandakan 60 tahun pembentukan negara Malaysia iaitu penggabungan Sarawak dengan  Sabah dan Tanah Melayu pada 60 tahun yang lepas.

Terdahulu, bengkel KJM DBKU 2023 diadakan bagi menghimpunkan semua komuniti setempat di bawah pentadbiran DBKU selain membincangkan hala tuju KJM pada 2023.

Ia juga bertujuan melahirkan KJM yang bertanggungjawab membangunkan komuniti masing-masing agar bijak mengatur strategi menerusi anjuran pelbagai aktiviti. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.