Kerajaan yang stabil faktor kemasukan pelabur

Spread the love

SIBU, 17 Nov: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahu menyumbang pembentukan kerajaan Persekutuan yang stabil sekiranya mencapai kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, kemenangan GPS kelak bakal menjamin suara Sarawak yang lebih kuat di Parlimen.

Malah, kerajaan yang stabil merupakan antara faktor yang mampu menarik lebih ramai pelabur asing menanam modal di negara ini.

“Ini kali pertama GPS bertanding dalam pilihan raya umum, jadi tujuan kita kali ini untuk menang seberapa banyak kerusi yang boleh.

“Kalau kita lihat lima tahun yang lepas kerajaan Persekutuan tidak stabil dan sebab itu dasar banyak berubah, pelabur tidak dapat datang, jadi sebab itu matlamat GPS adalah untuk bersama-sama rakan lain nanti untuk menubuhkan kerajaan yang lebih stabil,” katanya ketika ditemui TVS di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Annuar yang juga Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyeru pengundi memberikan sokongan kepada calon GPS Parlimen Sibu, Clarence Ting Ing Horh dan Parlimen Lanang, Wong Ching Yong pada 19 November ini.

Sokongan majoriti penduduk dua kawasan ini katanya akan membolehkan kerajaan melaksanakan lebih banyak pembangunan di bandar Sibu.

“Cukuplah Parlimen Sibu 10 tahun sudah dipegang oleh orang lain (DAP). (Calon GPS Parlimen Sibu) Clarene Ting selaku pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (SMC) sudah menjenguk di setiap kawasan,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (SPR) menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.