Getaran Jiwa: Pendandan rambut, penyanyi sambilan dan guru antara peserta berebut tempat ke separuh akhir

Spread the love

KUCHING, 17 Nov:  Pentas Getaran Jiwa minggu ini menyaksikan lapan peserta lagi berentap untuk mara ke pusingan pemilihan akhir bagi layak merebut tempat separuh akhir.

Menarik kali ini pendandan rambut, penyanyi sambilan, guru dan usahawan antara peserta yang akan mengegarkan pentas Getaran Jiwa.

Menjanjikan persembaan terbaik pada malam esok, Mohd Burhan Ayub, 34, pernah menyertai banyak pertandingan nyanyian sejak kecil lagi.

“Tipu jika saya cakap, saya tidak mahu menang tetapi itu semua bergantung kepada rezeki, jika ia tidak menyebelahi saya, maka saya akan terima dengan hati yang terbuka.

“Saya berharap dapat menyampaikan persembahan yang baik untuk konsert Getaran Jiwa nanti,” katanya yang juga mempunyai pengalaman menjadi jurusolek kepada penyanyi terkenal, Allayarhamah Siti Sarah.

Sementara naib juara dalam program realiti Suara Viral terbitan Astro Prima, Abdul Hamim Suleiman,34, merupakan seorang penyanyi sambilan sedang menyusun strategi untuk mara ke peringkat seterusnya.

“Harapan ibu saya terhadap saya agar dapat membuat persembahan dengan sehabis baik nanti,” katanya ketika ditemu bual pada Rabu.

Menurut Hamim yang berpegalaman selama 13 tahun di dalam indsutri muzik, beliau pernah mencuba nasib dalam pelbagai platform untuk mengenengahkan bakatnya namun tiada rezeki.

Dalam pada itu bagi seorang guru, Mohd Fadhil Ismail,33, juga ingin mara ke peringkat seterusnya sambil mengakui pertandingan berkenaan merupakan platform untuknya mengasah bakat seni nyanyian.

“Melalui Getaran Jiwa saya berharap dapat melangkah ke peringkat seterusnya,” ujarnya lagi.

Harapan serupa diluahkan oleh seorang usahawan, Siti Hasmah Bujang, 31 iaitu ingin bergelar seorang finalis dalam Getaran Jiwa.

“Selain dapat mara ke peringkat separuh akhir, saya berharap dapat menjadi salah seorang finalis Getaran Jiwa nanti,” katanya yang aktif menjadi penyanyi latar dan sering terlibat dalam pementasan teater.

Sebelum ini minggu keempat menyaksikan Nadhar Idruze dan Akeem Hidayat mara ke peringkat akhir.

Juri jemputan pada minggu ini ialah penyanyi terkenal tanah air Zarul Umbrella.

Getaran Jiwa bakal berlangsung di Stadium MBKS Bintawa pada setiap jumaat jam 8:45 malam dan bersiaran secara langsung di TVS salurran 122 Astro dan MYTV. – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.