Geran MRP berjumlah RM616,000 diserahkan kepada 124 penerima

Spread the love

LIMBANG, 18 Nov: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail telah menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM616,000  kepada 124 penerima.

 

Geran itu katanya, merupakan geran aktiviti untuk agensi kerajaan dan juga pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

 

Datuk Dr Abdul Rahman Ismail ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat. Foto: Akma Salleh

“Sebanyak 67 persatuan akan mendapat sejumlah RM325,000, manakala 29 persatuan Cina pula akan menerima RM100,000, dan tidak ketinggalan yang turut memohon adalah persatuan atau pertubuhan sukan iaitu sebanyak 28 persatuan yang akan menerima geran berjumlah RM191,000,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, di sini, semalam.

 

Dalam pada itu, beliau juga menyeru agar pihak NGO memanfaatkan geran yang diterima sebaiknya.

 

“Ini merupakan hasil dari peruntukkan yang disalurkan oleh Kerajaan Sarawak.

 

“Jadi saya mohon NGO yang menerima geran ini supaya lebih kreatif dalam menjana pendapatan mereka,” katanya – TVS

 

Tags: geran, MRP

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.