Fakta menarik Selangor Darul Ehsan

Spread the love
Klang pernah menjadi ibu kota pentadbiran kolonial British untuk Selangor dari 1875 hingga 1880.
  1. 1. Klang dikenali sebagai Bandar Diraja dan merupakan salah satu bandar tertua di Malaysia dam pernah menjadi ibu kota kerajaan sebelum ditukarkan ke Kuala Lumpur.
  1. 2. Terdapat suku kaum asli yang dikenali sebagai Mah Meri. Daerah Kuala Langat mempunyai 19 buah perkampungan orang asli majoriti terdiri daripada puak Temuan Beladas dan Mahmeri.
Zoo Negara. Foto: Malaysia Kini
  1. 3. Zoo Negara ialah sebuah zoo negara yang pertama di Malaysia. Ia mula dirasmikan pada tahun 1963 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
  1. 4. Di Shah Alam Selangor terletaknya kilang roti no 1 di Malaysia Kilang Roti Gardenia. Pengunjung juga boleh melawat dan melihat sendiri pemprosesan roti gardenia ini.
Sunway Pyramid Ice
  1. 5. Sunway Pyramid Ice di Sunway Pyramid Mall yang merupakan lapangan sukan  ais bertaraf dunia.
    1. – Sunway Pyramid Ice pernah menjadi tuan rumah untuk kejohanan berprestij seperti Skate Asia 1999, 2002 & 2008, Hoki Ais Dunia 5 2001, 2005 & 2006 dan Skate Malaysia 2004 hingga kini.
    2. – Sunway Pyramid Ice terkenal dengan penganjuran sukan ais bertaraf dunia seperti Skate Asia pada tahun 1999, 2000, 2008, 2012 dan 2016 dan juga kejohanan World Ice Hockey 5’s  yang terkenal pada tahun 2001, 2002 dan 2005.
    3. – Sunway Pyramid dan IOI City Mall, Putrajaya merupakan dua pusat luncur ais yang menjadi medan latihan atlet negara.
    4. – Malaysia National Ice skating Stadium (MYNISS) di Petaling Jaya ialah gelanggang ais terkawal Olimpik pertama di Malaysia dengan kemudahan lengkap untuk menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa.
Batu Caves. Foto: Portal rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Gombak
  1. 6. Batu Caves adalah sebuah gua batu kapur yang memiliki 272 anak tangga untuk sampai ke puncak dan merupakan titik tumpuan untuk perayaan Thaipusam bagi penganut agama Hindu. Batu Kapur yang membentuk Batu Caves ini dikatakan terhasil sekitar 400 juta tahun dahulu.
  1. 7. Kawasan jelapang padi yang terletak di Tanjung Karang merupakan kedua terbesar di Malaysia selepas Kedah.
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Foto: Islamic Tourism Centre
  1. 8. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkeluasan 14 hektar yang terletak di Shah Alam merupakan masjid terbesar di Malaysia dan pembinaan masjid ini mengambil masa selama 12 tahun.
  1. 9. Sepang International Kart Circuit ini merupakan salah satu litar go kart yang bertaraf dunia. Pereka litar go kart ini merupakan individu yang sama iaitu Herman Tilke yang membuat layout litar Antarabangsa Sepang.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.