Fakta menarik Perak

Spread the love
Ipoh, Perak
  1. 1. Perak adalah negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang.
  1. 2. Sungai Perak sepanjang 400 km adalah sungai kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.
  1. 3. Long Jaafar adalah orang melayu yang mula-mula menjalankan perusahaan melombong bijih timah di daerah Larut.
Papan tanda Bukit Larut. Sumber: Heritage Malaysia
  1. 4. Bukit Larut, Taiping, Perak adalah kawasan tanah tinggi paling lembab di Malaysia dengan taburan hujan 325 hari setahun.
Durian Paduka. Foto: Mstar
  1. 5. Durian Paduka pernah dinobatkan sebagai durian terbaik di Perak pada 1985.
Gua Tempurung. Foto: The Malaya Post
  1. 6. Gua Tempurung yang terletak adalah antara gua batu kapur yang terbesar di Malaysia.
  1. 7. Gua Tambun mempunyai lukisan prasejarah yang dipercayai sejak zaman Neolitik yang berusia kira-kira 3000-4000 tahun dahulu.
  1. 8. Penemuan “Perak Man” iaitu rangka manusia tertua yang hampir sempurna dari zaman batu era Paleolitik  berusia 11000 tahun dan “Perak Woman” yang wujud sejak 8,000 tahun lalu.
  1.  9. Negeri Perak merupakan negeri terawal perlombongan bijih timah pada tahun 1820-an.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.