Fakta menarik Melaka

Spread the love
Kota a Famosa di Melaka. Foto: TVS
  1. 1. Terkenal dengan jolokan Bandar Bersejarah kerana mempunyai bangunan lama iaitu Bangunan Kubu A Famosa yang dibina oleh Portugis ketika era penjajahan Melaka pada tahun 1511.
  1. 2. Etnik Baba dan Nyonya dikenali sebagai kaum Peranakan adalah kumpulan minoriti yang berasal dari Melaka.
  1. 3. Melaka terkenal dengan pelbagai jenis beca berhias yang menarik dan unik.
Menara Taming Sari, Melaka. Foto: Lokasi Percutian
  1. 4. Menara Taming Sari, Melaka. Menara Gyro pertama di Malaysia. Nikmati permandangan Selat Melaka yang menakjubkan.
Laksa Nyonya. Foto: Miss Tam Chiak
  1. 5. Antara makanan istimewa di Melaka  adalah Laksa Nyonya. Kuah Laksa Nyonya menggunakan udang bagi memberikan rasa yang unik dan manis.
Gereja St. Peter Melaka. Foto: TVS
  1. 6. Gereja St. Peter Melaka adalah Gereja Roman Katolik tertua di Malaysia
Zoo Melaka. Foto: TVS
  1. 7. Zoo Melaka dan Night Safari adalah zoo kedua terbesar di Malaysia dengan keluasan 22 hektar.
  1. 8. Terdapat lebih kurang 20 buah muzium untuk pelbagai pameran bahan yang unik di bawah penyeliaan Perbadanan Muzium Melaka.
  1. 9. Muzium Kapal Selam, Melaka. Kapal selam sebenar dari tentera Perancis iaitu FS Quessant Agosta 70 yang telah tamat tempoh dan diserahkan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia.

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.