Fakta Menarik Kelantan

Spread the love
Foto: Bernama
  1. 1. Wau telah diangkat untuk dijadikan sebagai salah satu tradisi negeri Kelantan yang setanding dengan tradisi lain seperti Mak Yong, Dikir Barat, Gasing dan Wayang Kulit.
Masjid Kampung Laut. Foto: Bernama
  1. 2. Masjid Kampung Laut merupakan antara masjid yang tertua di Asia Tenggara dan binaannya yang diperbuat daripada kayu cengal serta tidak menggunakan sebarang paku merupakan keunikan masjid yang berusia 400 tahun ini.
  1. 3. Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah.
Jambatan Keretapi Guillemard. Foto: Bernama
  1. 4. Jambatan Keretapi Guillemard sepanjang 600 meter direkodkan menjadi jambatan keretapi terpanjang dan kedua tertua di Malaysia.
  1. 5. Parlimen Ketereh dipilih sebagai lokasi pertama kawasan luar bandar di Malaysia yang akan menikmati perkhidmatan internet 5G berkelajuan tinggi.
Gerbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu
  1. 6. Kota Bharu (ibu negeri Kelantan, Malaysia), merupakan bandar tertua di sebelah pantai timur Semenanjung Malaysia. Bandar ini mula dibuka pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II pada tahun 1844. – TVS

Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.