96 mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Medamit

Spread the love

LIMBANG, 17 Nov: Tiga bayi antara 96 mangsa banjir melibatkan 34 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Medamit pada petang semalam.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang, Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata kesemua mangsa terjejas banjir melibatkan kawasan hujung Jalan Medamit yang dinaiki air susulan hujan lebat yang berlaku beberapa hari ini.

“PPS Dewan Masyarakat Medamit dengan rasmi dibuka pukul 5.00 petang semalam,” katanya kepada TVS semalam.

Menurut beliau PPS berkenaan kini menampung seramai 96 mangsa dipindah ke PPS tersebut terdiri daripada 65 orang dewasa, 23 kanak-kanak, tiga bayi, empat warga emas dan seorang kelainan upaya (OKU). –TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.