PRU-15: Percaya pengundi di Betong, matang – Mohd Razi

Spread the love

DEBAK, 16 Nov: Pengundi di Betong dipercayai akan membuat pilihan matang pada Sabtu ini, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Mohammad Razi Sitam.

Menurut beliau pilihan yang tepat ada di tangan para pengundi sekali gus akan membawa landskap politik bagi kawasan itu dengan lebih baik lagi.

“Saya harap anda semua menunaikan tanggungjawab anda pada Sabtu ini,” katanya.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti itu lagi situasi kempen di Parlimen Betong dalam nada pecutan terakhir serta gerakan jentera sentiasa siap siaga.

“Kita berkempen untuk calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi kerusi Parlimen Betong, Dr Richard Rapu menghampiri saat akhir,” ujanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Namun begitu beliau berkata pihak jenteranya tidak berada dalam zon selesa memandangkan tidak mahu leka kerana blok pembangkang kini masih mengintai peluang untuk meraih undi walaupun dengan taktik kotor iaitu menyemarakkan api politik perkauman di kawasan tersebut.

“Jentera sentiasa siap siaga kerana kita tidak mahu timbul sebarang masalah yang boleh memberi impak yang tidak diingini,” jelasnya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.