PRU-15: Menang sekurang-kurangnya 28 kerusi Parlimen

Spread the love

MUKAH, 16 Nov: Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited mahu memenangi 25 hingga 28 kerusi daripada jumlah 31 kerusi yang dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia merupakan sasaran awal parti, meskipun dalam laungan sering didengari mereka mahu memenangi 31 kerusi secara amnya.

“Dari segi parti kita di Parti Pesaka Bumiputera Sarawak (PBB), nampaknya di semua kawasan kita dapat maklum balas boleh dikatakan putih termasuk di Kapit dan Mukah.

“Untuk GPS pula, kita ketahui ada kawasan tertentu berdepan cabaran, justeru diharap langkah tertentu dapat diambil bagi memulihkan keadaan di kawasan tertentu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Balingian pada Selasa.

Sebagai Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) katanya, KPDNHEP sentiasa berusaha memberikan manfaat kepada komuniti di luar bandar.

“Apabila KPDNHEP meminta kelulusan bajet pada 7 Oktober lalu, kementerian berharap peningkatan diberikan agar program tertentu termasuk usaha membantu mereka yang duduk di luar bandar jauh dari pekan dapat dilakukan.

“Ada juga bantuan lain untuk mereka yang jauh di luar bandar seperti menambah 23 pos (point of sales) yang telah kita cadangkan sebelum ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai insentif untuk Sarawak melibatkan penghantaran barang ke kawasan luar bandar seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.