Letupan paip gas di Long Ugui, seorang maut tiga cedera

Spread the love

LAWAS, 16 Nov: Seorang maut, dua cedera dalam letupan saluran paip gas milik Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP) di Long Ugui dekat sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak berkata, mangsa yang terkorban ialah Hadi Wiyono manakala tiga yang cedera Hendrick, Gabriel Meripa dan Jefry Paul.

Insiden itu membabitkan kebakaran satu jengkaut, satu jentolak, satu lori dan satu motosikal.

Berita berkaitan

Kebakaran saluran paip gas di Lawas berpunca kerja-kerja pihak ketiga – Petronas

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak menerima panggilan mengenai kejadian pada 2.49 petang.

Menurut penduduk di Lawas, gegaran dirasai di kawasan letupan dan api boleh dilihat dengan jelas.

Punca kebakaran masih dalam siasatan. 

Petronas akan mengeluarkan kenyataan rasmi. 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.