Calon dan penyandang PH kerusi Padang Serai meninggal dunia

Spread the love

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya, meninggal dunia di Hospital Kulim hari ini.

Ketua Setiausaha PH, Datuk Saifuddin Nasution mengesahkan berita berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh mengesahkan mendiang meninggal dunia di Hospital Kulim pada jam 2.27 petang tadi.

Pada PRU-14, Karupaiya menang kerusi Padang Serai dengan majoriti 8,813 dalam perlawanan tiga penjuru.

Pada PRU-15 ini, mendiang berdepan saingan lima penjuru untuk mempertahankan kerusi itu dan akan berdepan saingan daripada wakil Parti Pejuang, Barisan Nasional, Perikatan Nasional, Parti Warisan Sabah dan Bebas. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.