PRU-15: 8,050 pegawai dan anggota polis Sarawak tunai tanggungjawab mengundi

Spread the love

KUCHING, 15 Nov: Seramai 8,050 orang pegawai dan anggota polis di Sarawak layak membuang undi awal pada hari ini, mengikut Akta Pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, ia bersamaan dengan 82 peratus kekuatan anggota yang terdiri daripada Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis termasuk pasangan Pegawai Polis Kanan dan Pegawai Rendah Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) seramai 412 anggota, 

“Bagi Pusat Mengundi Awal Petra Jaya, terdapat empat saluran yang disediakan yang mana jumlah pengundi awal yang akan membuang undi awal di sini pada hari ini iaitu seramai 830 orang Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis.

“Setakat jam 8:42 pagi ini, jumlah yang mengundi awal adalah 82 orang dan proses pengundian ini akan berlangsung sehingga jam 5 petang, “ katanya ketika hadir meninjau proses pengundian di Dewan MES Pegawai Kanan IPK Sarawak.

Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata yang menunaikan tanggungjawab membuang undi dan calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Fadillah Yusof yang hadir melakukan tinjauan di pusat pengundian tersebut.

Menurutnya lagi , jumlah anggota polis yang ditugaskan pada hari ini di seluruh Sarawak adalah seramai 3,417 anggota bersamaan dengan 34.77 peratus,

“Untuk makluman, Pegawai Kanan dan Pegawai Pangkat Rendah ini bertugas sebagai Pegawai Pemantau kesalahan pilihan raya dan juga menjaga 55 pusat mengundi awal serta turut menjaga 103 saluran mengundi awal, “ jelasnya.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, sejumlah 1,821 anggota bersamaan 21.03 peratus kekuatan PDRM Sarawak telah mengundi secara pos yang mana proses tersebut telah bermula selepas tamatnya hari penamaan calon pada 5 November yang lalu. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.