Pistol dan 50 butir peluru hidup dirampas daripada pengedar dadah

Spread the love

KOTA BHARU, 15 Nov: Polis menahan pasangan suami isteri bersama sepucuk pistol jenis Smith & Wesson, 50 butir peluru, satu kelongsong peluru serta pil yaba dan syabu dalam serbuan di sebuah rumah tumpangan di Kampung Kubang Tuman, di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki berkata dalam serbuan pada 7.40 malam itu, selain pasangan suami isteri berusia 32 dan 29 tahun tersebut, turut ditahan dua lelaki warga Thailand berusia 30-an.

“Ketika serbuan dan pemeriksaan di bilik ditemukan sebanyak 132 biji pil disyaki dadah jenis Yaba.

“Seterusnya pemeriksaan di sebuah lagi bilik telah ditemukan di atas lantai satu beg yang di dalamnya terdapat paket plastik berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu dan 45 butir peluru,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Muhamad Zaki berkata pemeriksaan lanjut di bilik tersebut polis menemukan sepucuk pistol bersama lima butir peluru dan satu kelongsong peluru.

Menurutnya kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM10,435 dan boleh dibekalkan kepada 150 penagih dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971 dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960,” katanya.

“Suspek berusia 32 tahun yang ditahan disyaki bertindak sebagai “mastemind ” dalam kumpulan ini dan mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan dadah,” katanya. -TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.