Peruntukan RM10 juta setiap tahun kepada sekolah aliran Cina

Spread the love

SIBURAN, 15 Nov: Peruntukan RM10 juta setiap tahun untuk sekolah aliran CIna sebagai suntikan pembangunan bakat para pelajar.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata potensi pembangunan bakat pelajar di Sarawak penting untuk melahirkan modal insan yang menyumbang kepada masyarakat pada masa hadapan.

“Sebab itu, saya tubuhkan kementerian pendidikan sendiri untuk Sarawak iaitu Kementerian Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak di bawah Datuk Roland Sagah.

“Pendidikan kita adalah lebih menyeluruh sebab itu pendidikan kita tidak sama seperti di Semenanjung,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Kompleks Sukan SJK Chung Hua Siburan, di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari, Sarawak mementingkan pemberian ilmu yang secukupnya kepada anak-anak murid di Sarawak agar mereka dapat menyumbang kepada masyarakat pada masa hadapan.

“Kita hendak melihat potensi pembangunan bakat anak-anak di Sarawak dan kita memberi hala tuju yang sejajar dengan pembangunan dunia,” katanya. – TVS

 


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.