Peruntukan khas naik taraf Siburan pada 2023

Spread the love

SIBURAN, 15 Nov: Daerah Siburan bakal menerima limpahan pembangunan menerusi peruntukan khas yang akan disediakan pada tahun hadapan, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Khabar baik itu kata beliau bertujuan untuk menaik taraf daerah berkenaan termasuk membangunkan kompleks pentadbiran yang dirancang.

“Infrastruktur daerah dipertingkatkan dan termasuk pegawai-pegawai kerajaan juga akan disediakan untuk menjadi penghubung di antara kerajaan dan rakyat di Siburan yang sebelum ini hanya terdapat di Serian,” katanya.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Kompleks Sukan SJK Chung Hua Siburan, di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari pejabat agensi-agensi kerajaan juga akan dibangunkan di sini sekali gus projek pembangunan tersebut akan memberi manfaat kepada rakyat di Siburan.

Sementara kata beliau jawatan Pegawai Daerah (DO) Siburan juga akan diwujudkan sehubungan Siburan diangkat menjadi daerah penuh berbanding daerah kecil sebelum ini.

Majlis turut menyaksikan, beliau menyampaikan sebanyak 30 mediapads sumbangan Sarawak Multimedia Authority (SMA) kepada para pelajar sekolah tersebut.


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.