Parum, Azhar antara yang terawal turun mengundi di Limbang

Spread the love

LIMBANG, 15 Nov: Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot, dan Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Kompeni C Batalion 12, ASP Azhar Mohammad merupakan antara individu terawal yang membuang undi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang dan Bangunan Kantin Kompeni C, PGA Limbang.

Menurut Pegawai Pengurus Pilihan Raya Limbang, Petrick Linggie Taboh sebanyak tiga saluran di buka untuk proses pengundian awal hari ini.

“Seramai 260 pengundi awal yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di daerah ini layak memilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini dan sebanyak tiga saluran telah dibuka bagi proses pengundian awal ini,” katanya kepada TVS.

Proses pengundian awal turut disaksikan oleh ejen calon serta pemerhati pilihan raya yang dilantik oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). – TVS


Join our social media channel to get our news Alerts and highlights.

Leave a Reply

Your email address will not be published.